Tuesday, December 2, 2008

Have the COURAGE to take the risk and DARE to fail!!

Hidup ini bukan satu tujuan melainkan satu perjalanan... satu perjalanan yang bukan sahaja berliku, tetapi juga berbukit bukau, bergunung ganang. Kalau larian KPM, confirm kapus! hehe.. joking! sebenarnya, hidup ni tidak sesukar yang disangka, tidak juga semudah yang diimpikan. asalkan kita ada semangat dan keyakinan, cabaran gurun sahara mampu disahut, seruan puncak everest tidak mustahil disambut...

sebenarnya, semangat dan keyakinan sahaja tidak mencukupi untuk membuka luas pintu peluang yang sudah terbuka disepanjang perjalanan hidup kita. apa yang kita perlu ada selain daripada semangat dan keyakinan adalah KEBERANIAN UNTUK MENGHADAPI RISIKO dan KESANGGUPAN UNTUK MENERIMA KEGAGALAN. sya katakan begini kerana, sepanjang kita mengharungi kehidupan kita, kita tidak akan lari daripada ujian, dugaan atau rintangan yang perlu juga kita tempuhi demi untuk mencapai sesuatu kejayaan. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak ada kedua ciri nie mungkin sukar untuk meneruskan perjalanan hidup dorang..

sya sendiri pernah mengalami keadaan macam nie. masa tue, sya betul2 mau ikut satu perkhemahan PKBM. Tapi masalahnya, dua hari selepas balik dari perkemahan akan ada ujian sains dan matematik dari SBP. Masa tue sya betul2 tidak tau mau buat camna. lepas fikir masak-masak, akhirnya sya ambil risiko untuk ikut perkhemahan tapi pada masa yang sama, sya akan buat ulangkaji sendiri semasa di kem. walaupun sya sendiri tidak yakin boleh buat, tapi kerana tekad dan keinginan, sya tetap juga ambil risiko. sepanjang perkhemahan, sya tidak lepas buat ulangkaji sebelum sya masuk tidur. masa tue, sya tanam semangat dalam diri sya bahawa sya boleh buat lebih daripada apa yang orang lain jangka. hmm.. hasilnya?? syukur lah juga sebab sya dapat A kedua dua subjek. apapun, sya tidak menyesal atas keputusan sya tue kerana sya bukan sahaja dapat ikut perkhemahan(first time bha..), tapi sya juga masih dapat A dalam ujian sya..

kalau ikutkan, banyak lagi kisah sya yang sya mau kongsikan nie. tapi cukup lah sekadar sya dapat sampaikan apa yang ingin sya kongsikan. hidup tidak bermakna tanpa keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru, keberanian untuk menghadapi risiko dan yang paling penting, kesanggupan untuk menerima kegagalan. sekali kita gagal, bukannya bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya.
Ingat, perjalanan hidup kita yang berliku bukan nya untuk menjatuhkan kita berulang-ulang. tapi untuk mengajar kita bahawa tidak ada kejayaan yang datang bergolek. kita perlu berusaha dan terus berusaha untuk menjulang kemenangan. sebab itu lah kena ada keberanian dan kesanggupan. supaya ia terus menjulang semangat kita untuk terus mencuba dan cuba lagi sehinggalah kita mendapat kejayaan.

Actually, benda nie sya tidak akan tahu dan belajar tanpa pimpinan dan tunjuk ajar papa sya dan my big bro! walaupun dia bukan lah abang kandung sya, but I learnt so much from him that I appreciate him so much! thanks for eveything!

'' HANYA MEREKA YANG KENAL PERITNYA KEGAGALAN AKAN MENGHARGAI NILAI KEJAYAAN''

1 comment:

limaukapas said...

my comment is u are small but u bigger then what i can compare.'kid..that i called brilliant,fantastica,you are legend that i can see...but buat betul betul lah.
jangan tanam tebu di bibir saja loo!
well, keep it up as i see it is your legacy and the rest credit to your family and friends which is close to you..Tahniah ahh!