Sunday, November 30, 2008

*** Setiap pertemuan pasti akan bertemu perpisahan...

Sudah adat kehidupan, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan... dalam topik kali ni, sya ingin berkongsi pendapat dan pengalaman yang telah sya lalui.. and for u, jangan malu utk berkongsi pendapat or pengalaman yang mungkin korang rasa mahu kongsikan bersama ok?!!

hmm... klu mau tahu, dulu sya bersekolah di sekolah cina.. dari tadika ( 2 tahun ) sampailah tahun 5.. di sini lah sya mula belajar ABC.. belajar 123.. bukan sorang2, tapi dengan kawan2 sya. selama kami bersama, pelbagai kenangan manis mahupun pahit kami lalui. ada masa kami enjoy, ada masa study sama2.. dan sama seperti pelajar lain, kami juga tidak lari daripada melakukan kenakalan.. haha! kalau tiada dorang, tak tau lah camna sya akan melalui kehidupan sya masa tue.. mesti suram! mungkin sudah ditakdirkan, menjelang akhir tahun 2004 (masa tahun 5 ), papa sya pindahkan sya ke sekolah lain. masa tue, hanya Tuhan ja tau perasaan sya. Sya sukar untuk terima yang sya akan tinggalkan teman2 sya yang sudah 7 tahun bersama sya menempuhi kehidupan sebagai pelajar... tapi, Tuhan itu adil.. masa di sekolah baru, sya bertemu dengan ramai teman2 baru. hidup sya mula bersinar semula. dengan dorang, sya sudah dapat membuang kesedihan yang menghantui perasaan sya. selama setahun, hubungan persahabatan kami terasa macam sudah terjalin bertahun lamanya.

Namun sekali lagi, dugaan hadir menyapa sya apabila sya menerima tawaran untuk bersekolah di Sekolah Menengah Sains Sabah hasil keputusan cemerlang sya dalam UPSR. sekali lagi sya terpaksa berpisah bukan sahaja dengan teman2 sya, tetapi juga dengan keluarga sya... walaupun baru setahun kami saling mengenali, tapi ikatan persahabatan kami tue mengatasi semuanya..

Sekali lagi sya katakan, Tuhan itu adil... d SMESH, sya bertemu dengan teman2 baru yang datang daripada tempat dan latarbelakang keluarga yang berbeza... bersama dengan merekalah, sya menjalani kehidupan baru sebagai seorang pelajar sekolah menengah... bukan sahaja di sekolah yang sama, tapi juga di kediaman yang sama... tidak dapat sya nafikan, mereka lah sahabat terbaik dalam hidup sya!!

hmm.. panjang lebar sya bercerita ne.. hihi! tapi bukan cerita hidup sya yang ingin sya tonjolkan di sini... tetapi apa yang tersirat disebalik apa yang terjadi. pernah dengar tidak pepatah, patah tumbuh hilang berganti?? memang perpisahan itu amat memeritkan terutama bila berpisah dengan orang yang benar kita hargai. tapi Tuhan itu adil.. Things happen for reason right??

Dalam sesetengah hal, perpisahan mengajar kita untuk menghargai orang di sekeliling kita. keluarga kita, sahabat kita dan guru-guru kita... sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa kehidupan tidak ada yang kekal. bunga yang kembang itu pasti akan layu dan daun pokok yang menghijau pasti akan gugur jua akhirnya. hanya dengan ini, kita akan sentiasa bersedia dan tabah untuk menerima takdir. apapun, hargailah ahli keluarga, sahabat dan siapa2 sahaja sebaik-baiknya supaya tidak menyesal suatu masa nanti.

kehidupan ini umpama sekeping kertas putih. bosankan tengok kertas putih yg tiada apa2 di atasnya? sebab itulah ada dugaan, dugaan itu macam contengan yang kita buat atas kertas tue. sekurang-kurangnya, kita boleh tersenyum bila satu masa nanti kita lihat semula contengan tersebut.

3 comments:

Leo Boanventure said...

Nice Blog.. Friends Forever Woorr...
^^! Keep It Up Bro! Hehee..
Peace! Nampaknya Ko Masih Ingat Lagi Plak.. Hahaha..

Unknown said...

yep! thnx leo..

friendship never dies!

Anonymous said...

sy cayang ko!!!
hehe...apek..